Jejak Pejuang Kemerdekaan

Sastra & Bahas Madura, Malaysia, Bawean, Sumenep, Gresik, Madura, The Soul Of Madura, Sampang, the Epicentrum of Madura, Pamekasan, Bangkalan

MESTERI LABU BERSURAT DI PERBATASAN

Usianya  menjangkau 83 tahun  sudah. Tapi orangnya masih cergas, wajahnya tetap cerah.  Tetap aktif ulang alik ke surau untuk solat  lima waktu berjamaah. Walau bertongkat ke sana ke sini bukan bererti kakinya lemah. Tapi sekadar mengikut Sunnah Rasulullah.

Itulah dia sosok Haji Mustafa bin Jantan yang dikenal dengan panggilan Pak Mus. Sebagai bekas Komando tentera Malaysia, beliau mempunyai banyak pengalaman berperang melawan musuh negara terutama komunis. Menembak musuh sehingga mati atau menyaksikan kawannya ditembak mati di hadapan mata sendiri adalah perkara biasa baginya.

Satu cerita manarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah pengalaman beliau dihantar ke Kongo sebagai pasukan pengaman di bawah PBB. Di negara Afrika tsb tentera Malaysia yang tergabung dalam MSF (Malaysian Special Force) itu bergaul dan bercampur baur pasukan pengaman dari Indonesia yang  antaranya dianggotai oleh KKO. Maklumlah satu rumpun dan bahasa pergaulannya pun sama, Melayu (bahkan ada yang boleh bercakap Jawa) . Biasanya mereka bertugas bersama, makan bersama, solat, solat teraweh, berbuka puasa/ bersahur bersama dan aktiviti aktiviti lainnya.

Maka terjalinlah persabatan dan persaudaraan yang rapat di antara mereka.

Ramailah di kalangan tentera Indonesia yang menjadi kawan  rapat Pak Mus.

Maos jugan

Awal 1962 tugasan askar Malaysi di Kongo tamat. Mereka balik ke Malaysia dengan menaiki kapal. Askar Indonesia yang tamat tugasnya pun balik ikut kapal yang sama dan waktu yang sama. Barulah mereka berpisah apabila askar Malaysia turun di Pelabuhan Kelang Malaysia dan Askar Indonesia turun di Indonesia (mungkin Tjg Periok atau Tjg Perak?) . Sedang kapal Amerika yang digunakan oleh PBB itu meneruskan perjalanannya ke negara lain.

Beberapa bulan kemudian, Pak Mus dihantar pula ke Serawak untuk mengawal sempadan antara Malaysia dan Indonesia.  Kerana ketika itu sedang terjadi Konfrontasi antara Indonesia vs Malaysia. Presiden Indonesia Sukarno melaungkan selogan "Ganyang Malaysia" atas sebab sebab tertentu.

Maka sempadan kedua-dua negara yang meliputi Sabah/ Serawak (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia) itu  pun tegang.

Pasukan dari kedua-dua negara sama-sama melakukan patroli sepanjang perbatasan dn adakalanya terjadi baku hantam.

Dalam satu tugasan, Pak Mus bergerak mengadakan patroli bersama anak buahnya seramai 15 orang. Pergerakan ini berjaya dikesan oleh satu kumpulan pasukan Indonesia yang sedang berkawal di suatu tempat yang lebih tinggi. Kumpulan tentera yang berjumlah 48 orang itu bersedia untk melakukan serangan hendap. Akan tetapi kumpulan tentera Malaysia itu tidak menyedari bahawa pergerakan mereka diawasi oleh pihak lawan.

Maka mereka terus bergerak sehingga sampai ke kemnya semula dalam kedaan selamat.

Tidak berapa lama kemudian Pak Mus menerima sebiji labu air (Bawean: labu gengan) yang dihantar kurir dari Demilitarized zone (Kawasan bebas tentera).

Masya Allah kulit

labu itu penuh  dengan tulisan menyerupai surat. Antara lain bunyinya:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim.

Pak Mus. Saya kawan Pak

Mus ketika sama sama bertugas di Kongo. Saya melihat  Pak Mus  ketika sedang beralan di bawah kedudukan saya. Saya tahan 48  orang anak buah dari melepaskan sebarang tembakan............

...............................

........................

Wassalam

Kawan ketika di Kongo

 

Subhanallah. Mulianya hati tentera Indonesia itu. Dia tidak tergamak  menembak saudara seagama, serumpun, semasjid dan sepergaulan. Itulah makna persaudaraan. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya.

Maos jugan

Namun tidak diketahui kawan yang mana, sebab kawan Pak Mus ketika di Kongo ramai, berstus-ratus. Ia sungguh mesteri sehingga sekarang. Konfrontasi tamat  1966 dan hubungan antara dua negara berjiran itupun pulih semula sebagaimana sedia kala.

Kemudian sekitar tahun 1968 Pak Mus dihantar ke Indonesia untuk meninjau anak buahnya mengikuti yang ikut kursus Komando dan payung terjun di sana bersama sama TNI trmasuk RPKAD. Tepatnya di Bandung. Sedang Pak Mu sendiri mengikuti kursus komando dan payung terjun di Australia dan Hongkong dan kemudian menjadi  jurulatih. Tak heranlah kalau di antara deretan pingat yang tersemat pada baju rasmi yang dipakainya pada hari-hari besar terdapat juga Wings dan Parachute.   Ada pula pingat yang menunjukkan bhwa beliau ada seorang jurulatih payung terjun juga.

Kini ketika meniti usia senja, beliau berusaha solat jemaah lima waktu buat apa-apa kerja sukarela untuk surau serta sentiasa hadir dalam majlis-majlis ilmu  di surau Al-Hidayah. Masa lapang yang lain diisi dengan menjaga pokok pokok bunga disekitar surau.

Sebagai bekas Komando berumur yang masih hidup di dunia, Pak Mus banyak dijadikan rujukan oleh mereka yang ingin tahu tntang sejarah perjuangan kemerdekaan  dengan lebih jelas. Setiap kali menjelang hari kemedekaan atau pahlawan beliau selalu ditemu bual oleh wartawan termasuk dari TV.

Semuga beliau tetap diberi kesihatan dan panjang umur oleh Allah agar lebih ramai lagi generasi dapat mengambil pelajaran dari beliau. Amin.

 

Mohammad Zen Karim

8 September 2020

 

Akan datang, Mengenai sejarah penglibatan beliau dalam askar dan peperangannya melawan komunis. Insya Allah

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak