PERHATIAN ORANG BAWEAN TERHADAP SELAWAT
Bulan
Rabiulawal ini adalah bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ada yang menamakan
bulan selawat, sebab begitu banyak selawat dilantunkan di bulan ini.
Pada Rabilawal ini saya terkenang akan masa-masa dulu betapa msyarakat di Pulau Bawean sangat mengambil berat tentang selawat. Mereka membaca selawat dalam banyak hal walau tidak tahu berbagai dalil mengenainya. Yang mereka tahu, baca selawat adalah ibadah, besar pahalanya dan fadhilahnya banyak. Memang itulah yang penting. Maka banyaklah aktiviti kehidupan orang Bawean yang dibungai dengan selawat. Maksudnya, selain selawat yang mesti dibaca dalam berbagai ibadah seperti solat, khutbah dan doa. Di antaranya:
1.
Sebaik belajar mengaji, anak-anak Bawean diajar mencintai Rasulullah/selawat.
Iaitu dengan belajar Barzanji. Sudah jadi kebiasaan di tempat tempat belajar
Al-Quran setiap malam Selasa, akan diisi dengan belajar Barzanji. Kitab yang
penuh dengan selawat. Memulakan dan mengakhiri setiap bab dengan berselawat
beramai-ramai. Bila terserempak dengan perkataan Muhammad atau Wasallam, akan
disahut dengan ucapan selawat. Dianggap kurang "eh" kalau ada pemuda
Bawean tak tao maca Bersanji.
Maos jugan
- Maulid Nabi Bercampur Sari
- My Idol Is The Prophet Muhammad
- Gelar Peringatan Maulid Nabi Dan Santunan Anak Yatim
- MAULID NABI, BUAH, DAN REZEKI
- Memahami Fikih Pandemi
2.Orang Bawean juga membaca Barzanji ketika
meraikan pernikahan dan kelahiran. Maka majlis itupun penuh dengan selawat.
3.
Selain Barzanji, penduduk pulau itu juga membaca Mahallul Qiyam (Syaraqalan).
Membaca syair ini juga disela seli dengan selawat dan salam dalam setiap
rangkap. Ia ada 18 rangkap. Selawat yang dibaca:
صلى
الله على محمد..... صلى الله عليه وسلم
4.
Masuk bulan Rabiulawal, setiap kampung di Bawean mengadakan majlis
Maulidurrasul atau amolot. Setiap kampung memilih hari dan tarikh
sendiri-sendiri. Yang penting dalam bulan Rabiulawal. Maka gemuruhlah ruang udara
Bawean dengan laungan selawat dan salam sepanjang bulan kelahiran Nabi tercinta
itu. Di surau kampung seamolot solawat dan salam pembukaan Barzanji telah
berkumandang seawal pagi:
السلام
عليك زين الانبياء... السلام عليك اتقى الأتقياء
Salam
seperti itu sebanyak 44 kali dengan berbagai sifat Nabi. Diteruskan dengan
kandungan kitab Barzanji yang lain yang
penuh dengan selawat. Termasuk Barzanji Nathar dan Barzanji Nazham (?) Orang
kampung berpadu tenaga dalam berbagai kelompok. Kelompok berselawat, memasak,
urusan bekol/ beldi ferkat dan lain-lain. Sayang ada yang tak sempat berselawat
kerana sibuk dengan urusan beldi/
ferkat.
Yang
lebih menarik lagi, demi cinta pada Nabi mereka menjemput pakar pelantun
selawat berlagu. Iaitu Grup Dikker yang
lengkap dengan paluan kompang besarnya (terbheng raksasa). Grup yang terkenal dan banyak mendapat jemputan adalah
dari Teggu.
5.Sejak Selawat Badar karangan Kiyahi Ali
Mansyur Banyuwangi Jawa Timur diperkenalkan sekitar th 1960, orang Bawean mengamalkannya pula. Ia seperti
amalan wajib setiap ada peringatan hari-hari besar Islam disamping Qurra' dan ceramah. Orang yang hadir akan membaca
berpuluh kali selawat:
صلاة
الله سلام الله. على طه رسول الله.......
Bahkan
selawat Badar tsb diucapkan dimana saja sama ada orang tua mauhupun kanak-kanak.
6. Orang Bawean juga suka membaca Burdah
Al-Bushairi (Burdet) sama ada dengan duduk atau sambil berjalan. Ada pula yang baca sambil akoleleng kampong. Apapun cara
dan maksud orang a Burdet, hasil utamanya ialah mereka membaca selawat dengan
banyaknya. Kerana setiap kali tekong melantunkan satu bait Burdah, orang ramai
menyahutnya dengan selawat:
مولي
صل وسلم دائما ابدا
على
حبيبك خير خلق كلهم
Menurut
kiraan saya Burdet ada 161 bait. Bererti yang orang ikut Burdet hingga selesai
telah berselawat 161 kali dengan tidak terasa. Mungkin itu salah satu khasiyat
oreng Burdet.
7.Dalam setiap majlis orng Bawean yang telah
berakhir, salah orang akan mengucapkan selawat
اللهم
صل على محمد
lalu
dijawab dengan selawat juga oleh sekalian yang hadir. Ini menandakan hadirin
sudah boleh bersurai.
8. Dari cintanya pada selawat Nabi, ada yang
sedekah disebut dengan "pesse salawet"
Contohnya wang yang disedekahkan kepada penggali kubur atau solat jenazah atas nama si mayit. Mungkin ketika menghulur dan menerima disertai dengan salawet.
9. Ada orang yang baca selawat ketika akan
minum ubat. Biasanya suruh baca tiga kali.
Maos jugan
- Konye’ Gunong Monggu Kerrong ka Omba’
- Teks MC Bahasa Madura
- Agi’-gigi’ Sangngarra Jagung
- Tasdid dhalem Basa Madura
- Tase’ Tadha’ Omba’, Faidi Rizal Alief
Demikianlah antara lain kehidupan orang Bawean yang sentiasa berselawat.
Maaf
cerita di atas adalah di masa masa lalu. Masa kini penulis kurang arif. Mungkin
salawetpun cukup di gejet. Nauzu billah.
Penulis
tidak bercerita hukum dalam amalan di atas. Mana mana yang sesuai sila ikuti
dan yang tidak, sila abaikan.
Sila
lanjutkan tulis kalau ada aktiviti lain yang
diikuti dengan selawat. Banyakkanlah membaca:
اللهم
صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله
Kemudian
mari berdoa dengan serangkap syair dalam selawat Badar:
الهى
سلم الأمة من الافات والنقمة
ومن
هم ومن غمة بأهل البدر ياالله
AU3
Keramat KL
Bulan
Kelahiran Nabi 1441
1
Nop 2020