Sekilas dari surah Az-Zumar
MASUK awal tahun 2024, bacaan/ tadabbur Al-Qur'an semuka surat setiap pagi di surau Jumaat Al-Hidayah masuk
juzuk 24. Dalam juzuk terdapt surah Az-Zumar yang brmula sejak juzuk 23. Mari
angkat satu ayat untuk kita renungi iaitu firman Allah yang bermaksud:
"Allah mematikan jiwa-jiwa (manusia) ketika
matinya dan yang tidak mati ketika tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa orang yang telah ditetapkan kematiannya (benar-benar
mati) dan melepaskan balik jiwa yang lain
(ke badannya iaitu ketika tidur) sehingga sampai ajalnya. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah bagi
kaum yang berfikir."
(Q.S. AzZumar, 42)
Maos jugan
- KEHEBATAN PAK HAMKA DALAM PENJARA
- PERIBAHASA MADURA
- Ro'om Babur
- Konye’ Gunong Monggu Kerrong ka Omba’
- Okara Kakanten Basa Madura
Ulama Tafsir mengatakan bahawa orang tidur
keadaannya sama dengan orang mati. Sama-sama tidak sedar, tidak tahu apa yang
terjadi di sekelilingnya dan jiwanya sama-sama dipegang Allah. Hanya saja orang
tidur nafasnya masih turun naik. Kalau orang tidur itu belum sampai ajalnya,
Allah lepaskan jiwa itu pada badannya semula. Hiduplah dia sampai masa yang
telah ditentukan atau sampai ajalnya.
Sebaliknya jika orang yang tidur itu sampai masa
matinya yang sebenar, Allah tahan terus jiwanya hingga tidak kembali
kebadannya. Dengan kata lain, dia mati ketika tidur.
Oleh kerana itu apabila seseorang bersedia untuk
tidur, hendaklah beristighfar dan berdoa terlebih dahulu.
Di antara doa
yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk orang akan tidur:
بِاسْمِكَ رَبِّی
وَضَْعْتُ جَنْبِی وَبِكَ اَرْفَعُهُ، إِنْ اَمْسَكْتَ نَفْسِی فَاغْفِرْ لَهَا، وَاِنْ
اَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.
Ertinya: "Dengan namaMu ya Tuhanku, aku letakkan lambungku ini dan dengan namaMu
pula aku mengangkatnya. Jika Engkau tahan jiwaku itu, berilah keampunan padanya,
dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hambaMu yang
soleh".
(HR.Bukhari dan Muslim),
Adapun pesakit kritikal yang akan ditidurkan atau akan dibius seluruh badan, kedua-duanya
sama dengan tidur. Oleh kerana itu dia hendaklah berdoa, beristighfar dan
menyebut Kalimat Tauhid sebelum proses peniduran atau pembiusan dilaksanakan.
Kalau ditakdirkan sampai ajalnya ketika proses tersebut, dia telah mengakhiri
ucapannya dengan perkataan yang baik dan lafaz "la ilaha illallah".
Semuga husnul khatimah.
Maos jugan
- Maongga Bako Madura
- Punya Hak Suara
- Masyarakat Madura Toron
- Rindu Terpasung Waktu
- Agantong Kakapper Sabellun Pajjar
Di mana-mana hospital di Malaysia kalau pesakit yang
akan ditidurkan atau dibius itu seorang Islam, biasanya akan dibimbing untuk
berdoa dan mengucap seperti di atas.
Sebagai bukti yang menguatkan bahawa tidur itu
seperti mati adalah apabila Rasulullah SAW mengajar kita agar membaca Doa
Bangun Tidur iaitu:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذَی اَحْيَانَا بَعْدَ مَااَمَاتَنَا
وَاِلَيْهِ النُّشُورُ.
Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkan kita setelah dia mematikan kita dan kepadaNya kita akan
kembali."
(HR.Bukhari)
Marilah kita sama-sama terus membaca dan brtadabbur
Kitab Suci Al-Qur'an untuk menambah pahala. Semuga amalan kita diterima oleh
Allah.
امين يارب العالمين
Jamaat, 30 Jamadilakhir 144 (12 Januari 2024)
Rujukan:
Mushaf
Al-Qur'an ms 463
Tafsir
Al-Jalalain
Tafsir
Ibnu Kathir jilid 6
Tafsir
Al-Qurtubi jilid 15
*Mohammad Zen adalah Warga Bawean yang sekarang menetap di Malaysia