BAKSO BERANAK DAN TEORI BIG BANG

Bakso, sastra bahasa madura, makanan favorit, kegemaran, mukbang, INdonesia, makan gratis,  susu gratis, politik

Pengajian  Tafsir Juzuk 30 oleh Dr.Muhammad Irfan Rusydi di Surau Jumaat Al-Hidayah sampai surah Al-Insyiqaq. Dalam surah ini diterangkan bahawa pada masanya bumi akan terpecah, memuntahkan semua apa-apa di dalamnya.

Kemudian ustaz menerangkan pula bahawa bumipun asalnya bercantum dengan langit. Lalu beliau membaca firman Allah dalam surah Al-Anbiya' ayat 30 yang ertinya:

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua-duanya dulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya..."

 (QS.Al-Anbiya')

Dari perpecahan  makhluk besar itu mengakibatkan  wujudnya planet-planet di alam yang  luas ini. Mungkin ada benarnya juga teori Big Bang kata ustaz Irfan. Teori Big Bang mengatakan bahawa bumi terjadi akibat adanya letupan dahsyat dari benda mampat berjuta juta tahun yang lalu.

Maos jugan

"Agaknya ia seperti bakso beranak, yang apabila dipecahkan keluarlah bermacam-macam benda dari dalamnya. Seperti telur puyuh, beberapa bakso kecil dan lain-lain," kata Dr.Irfan.

Mungkin beliau berpengalaman menikmati makanan tersebut. Ia berupa bebola daging besar (bakso besar) yang diperkenalkan pertama kali pada tahun 2013 oleh peniaga bakso bernama Oding dari Bogor Jawa Barat Indonesia. Nama warungnya "Big Bakso Family".

Oding  membuat bakso besar yang di dalamnya diisi dengan berbagai bahan. Antaranya beberapa bakso kecil, sosej, cili, telur puyuh, cendawan, daging cincang, dll. Bila seseorang membeli bakso beranak, biasanya akan dihidangkan semangkok yang didalamnya terdapat sebiji bakso besar dan beberapa biji bakso kecil. Bila bakso besar dibelah, keluarlah anak-anaknya yang berupa beberapa biji bakso kecil dan lain-lain bahan seperti disebutkan di atas. Kata penggemarnya ia sangat sedap.

Saya sendiri baru sekali membeli bakso beranak. Nasib kurang baik, sebab apabila big bakso dipecahkan ternyata anaknya berupa sebji telur ayam rebus bersaiz besar. Jadi bahan bahan lainya tak banyak. Sebab ibu bakso membesar dengan telur ayam besar.

Maos jugan

Mungkin si penjual perlu mempamerkan "anak-anak" yang ada dalam kandungan bakso beranak. Khuatir si pembeli merasa tertipu. والله اعلم

-------

Kuala Lumpur, Jumaat  6 Syakban1445/ 16 Pebruari 2024

*Mohammad Zen adalah Warga Bawean (Gresik Jawa Timur) yang menetap di Malaysia. 

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak