BERBAGAI NAMA UNTUK BIKAPOK 2

Nama Ubi di Bawean, Sastra Bahas Madura, carpan, sanja', Sumenep Situbondo, Basoke, Jember, Bondowoso, Pamekasan, Kaleanget, Sampang, Bangkalan


Koceng koros agungsengan

Sokona ekenneng tolop

Oreng koros acacengan

Kabettolan bikapok kolop

 

Begitulah bunyi pantun lama Bawean yang terkenal di suatu masa dahulu. Ia menggambarkan bahawa bikapok pernah menjadi makanan utama di Bawean  di musim laep. Saya tak tahu siapa penggubah pantun tersebut.

Tak sangka coretan saya ketika menikmati sarapan bikapok kolop banyak mendapat tanggapan. Pagi kemaren nasib saya bersama H.Ramli jemaah sesurau berasal dari Kelantan memang  agak baik. Sebab dapat beli sarapan kegemaran itu. Sedang lain-lain hari biasanya "tak melo" kerana peminatnya ramai.

Pagi tadi ternyata tak jumpa lagi bikapok kolop. Yang ada kui talam yang diperbuat dari bikapok. Jadilah. Yang penting dari bikapok juga

Saya  memang "orengnga bikapok". Sebab sejak kanak-kanak lagi sudah bertani bikapok. Hampir tiap hari alanduk menanam bikapok di samping toron ka tasek. Dengan bikapok itulah yang badan saya membesar. Jadi bila dapat makanan  bikapok di negeri orang, teringatlah akan kebun-kebun bikapok di sekitar rumah yang ditinggalkan.

Maos jugan

Terima kasih kepada Bpk Baharuddin yang menambah nama ilmiyah untuk bikapok iaitu Kasyafa (dalam bahasa Yunani). Mungkin ini ada persamaan dengan bahasa Inggeris untuk bikapok iaitu "cassava."

Beliau juga menambah bahawa bikapok dalam bahasaa Cilacap adalah "budin". Seram juga.

Misalnya ditakdirkan lelaki Bawean bernama Syahbuddin atau Budin beristri wanita Cilacap. Si suami membeli selonggok ubi dan disuruhnya si isteri memasaknya. Karana tak punya pisau, wanita Cilacap itu meminjamnya dari seorang jiran. Jirannya sempat bertanya: "Nak buat apa dengan pisau itu?"

"Nak potong-potong budin," jawab jawab si wanita.

Maka pasti si jiran tergamam dan khawaatir  beberapa ketika.

Memang nama untuk bikapok yang terkenal di Bawean adalah "manggela". Biasanya golongan tua di  Bawean lebih suka menyebut manggela berbanding bikapok.

Manggela atau bikapok atau obi atau tenggeng merupakan tanaman  yang paling mudah diusahakan. Oleh itu diseluruh ceruk P. Bawean di suatu masa dahulu tidak pernah sepi dari orang menanam bikapok. Memang Bawean sangat sesuai untuk tanaman bikapok.

Semalam kita telah sebutkan kegunaan bikapok. Sebenarnya ia lebih dari itu. Kalau kita sebutkan manggeli basah misalnya boleh dibuat:

-Campuran beras atau pengganti beras. Jadi nasek bikapok.

-Pasak pasak.

-Bikapok kolop (ubi rebus)

-Bermacam kuih muih seperti kui talam،  bhunduk bhunduk (ubi bungkus), tapai, cineng, lempeng-lempeng, kolek (pangat ubi), kettak ketil, ubi goreng, kripik ubi dll.

Maos jugan

Manakala bikapok yang diawetkan boleh jadi aruk, geplek, keropok ubi dan sebagainya. Dari bikapok yang diawetkan pula menjadi aruk sangngar, orok orok, gelung teleng dan banyak lagi. Tiap kampung ada jenis makanan dari bikapok. Sila tambah dan kembangkan.

Untuk makluman, bikapok atau manggela Bawean boleh bergerak melanglang buana atau terbang hingga sampai ke Belitung, Riau, Malaysia, Singapura bahkan ke Australia. Sungguh hebat.

 

*Mohamnad Zen adalah warga Bawean yang sekarang menetap di Malaysia

AU3 Keramat K.Lumpur

19 Rajab 1441 (14 Mac 2020)

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak