Pantun Lama versi Baru

Pantun Bahasa bawean, melayu, madura, nusantara, malaysia, Sumenep, Gresik, Kangean, Sampang, Pamekasan, Bangkalan




PANTUN LAMA VERSI BARU

 

Pengantar

Di bawah ini adalah beberapa pembayang (sampiran) pantun lama tapi maksudnya saya buat baru. Sesuai dengan keperluan. Di antaranya ada yang merupakan  pribahasa dan ada pula yang berupa semboyan.

Pantun ini pernah dibaca di surau Al-Hidayah suatu ketika dulu satu rangkap setiap hari. Iaitu selepas Talaqqi Al-Qur'an "Sepagi Semuka Surat"

Pulau Pandan jauh ditengah

Dengan berlayar tiba padanya

Ayu tuan menuju Allah

Dengan belajar Kitab Sucinya

Kalaulah ada sumur di ladang

Bolehlah kita menumpang mandi

Kalau nak rasa umunya panjang

Banyaklah tuan datang mengaji

Berakit rakit sampai ke hulu

Berenang renang sampai tepian

Kalau sudah sakit dan bercelaru

Jika nak tenang baca Al-Qur'an.


Maos jugan


Pisang emas bawa belayar

Baik disimpan di dalam peti

Warga emas sila belajar

Paham kandungan  Kitab yang Suci

Kusangka panas sampai ke petang

Rupanya hujan di tengah hari

Kalau sudah susah tergila bayang

Baca Al-Quran, tenanglah hati

Buah cempedak di atas pagar

Ambil galah tolong jolokkan

Buat apa lekas beredar

Mari bersila baca Al-Qur'an

Sepohon kayu rimbun daunnya

Banyak bunganya serta buahnya

Kalau Melayu ngaku bangsanya

Hendaknya paham Kitab Sucinya

Takkan Melayu akan hilang

dari dunia Hang Tuah kata

Qur'an menyeru semua orang

membacanya dalam semua masa

 

****

24 Oktober 2019

Dewan Serindit AU3 Keramat


*Muhammad Zen merupakan orang Bawean yang telah lama menetap di Malaysia.

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak