Memori Nelayan Songai Topo
Tiba-tiba Haji Suhud menyebut tentang nelayan luar
Bawean yang banyak mencuri unjam (onjhem) atau rompon para nelayan Bawean dalam
grup KTB. Tentunya beliau mengalami sendiri kehilangan onjhem ketika menjadi
nelayan.
Memang tahun-tahun dulu nelayan kampung saya
(Songai Topo) cukup menderita oleh para pencuri onjhem itu. Para pencuri itu
adalah para nelayan luar Bawean berperahu konteng dan menangkap ikan
diperairan Bawean. Sedang nelayan Songai Topo menggunakan perahu pencok.
Modus oparandi mereka bermacam-macam. Yang paling
ringan ialah mencuri ikan (atengker) di unjham orang lalu lari sebelum
pemiliknya datang. Sudah tentu abk perahu pemilik unjham sudah tak dapat ikan
atau berkurangan. Cara kedua, mereka tarik (rabut) onjhem nelayan Songai Topo
lalu dipindahkan ke tempat lain yang jauh. Ini dipanggil NGECO’ ONJHEM yang
dimaksudkan oleh Haji Suhud. Maka masa itu populerlah perkataan "onjhem
elang ekeco’ konteng".
Apabila pemilik datang, mereka mendapati onjhemnya
sudah hilang. Maka terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana tidak dapat
atengker.
Cara yang paling sadis dan kejam adalah yang ketiga.
Perahu konteng itu mencuri ikan di onjhem orang dan kemudian onjhem
tersebut dirosakkannyan dengan cara diputuskan talinya atau diparang (epangkak)
bambunya. Seringkali nelayan melihat unjamnya dikerjakan oleh si
konteng, namun tak boleh berbuat apa-apa. Khuatir mereka bertindak ganas.
Maklumlah mereka tidak mengenal halal haram dan belas kasihan.
Bila onjhem hilang juragan perlu mengeluarkan wang
lagi untuk membuatnya yang baru. Sudah tentu nelayan yang kecurian onjhem itu
tidak dapat turun ke laut selama beberapa hari.
Kedaan seperti ini berterusan tanpa ada pembelaan.
Suatu ketika para juragan yang hilang sabar itu nekat
membawa seorang polis lengkap dengan senjatanya ke laut. Tujuannya untuk
menangkap salah sebuah konteng pencuri tersebut.
Operasi tersebut berjaya. Sebuah konteng yang kepergok
mencuri onjhem atau ikan di situ berhasil diringkus lalu dibawa kepantai.
Pantai Songai Topo ketika itu meriah. Orang ramai
keluar ke pantai untuk melihat para pencuri onjhem yang kelihatan malu dan
ketakutan. Mereka terdiri dari seorang juragan konteng dan anak buahnya yang
bilangannya lebih dari sepuluh orang.
Setelah kejadian penangkapan tersebut, kejadian
pencurian dan pengrosakan onjam semakin menurun.
Nelayan berterima kasih kepada anggota polis yang
ikut kelaut itu. Dia tidak menembak abk konteng tapi hanya menembak layar dan
tiangnya. Kerana ketakutan atau takut ditembak, anak buah konteng pencuri itu
menyerah. Lalu digiring kepantai oleh perahu-perahu nelayan yang ikut dalam
operasi tersebut.
Ini kisah lalu ketika saya masih kanak-kanak. Kini
sudah tidak ada lagi pencurian onjham.
Bahkan nelayan Songai Topo sudah tidak menggunakan
perahu pencok lagi, tapi perahu konteng.
AU3 Keramat KL, 14 Rabiulawal 1443, 20 Oktober 2021
Mohammad Zen. Orang Bawean yang menetap di Malaysia.