Bahayanya Saleng Ocol Paju



BAHAYANYA SALENG OCOL PAJU

Semenjak Covid-19 mendunia, banyak sesi kehidupan manusia bertukar peraturan. Termasuklah solat jamaah lima waktu/Jumaat di surau-surau dan masjid Kuala Lumpur. Kalau jenis yang tak sabar boleh fening kefala.

Satu ketika solat jemaah lima waktu hanya boleh 3 orang saja, dilonggarkan boleh 5 orang saja, 12 orang sahaha walau surau boleh muat 500 orang. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut, pihak pengurusan surau boleh dikenakan tindakan. Dalam hal ini jemaah yang melanggar kena tanggung sendiri dengan membayar saman (denda) 1000 Ringgit Malaysia. Maka banyak kejadian melucukan yang saya alami. Diantarannya, suatu kali pernah kawan yang melaungkan azan, gaib dan tidak ikut  solat jemaah. Rupanya dia balik dengan senyap-senyap setelah melihat jumlah jemaah melibihi yang dibenarkan. Kalau ketahuan oleh pihak berwajib, boleh melayang seribu ringgit. Apalagi kawan tersebut merupakan pesara (pensiunan) tentera. Polisi  kalau datang boleh tahu dengan melihat CCTV.

Demikian juga solat Jumaat. Suatu masa kehadiran jamaah dibenarkan sepertiga kapasiti masjid/ surau Jumaat. Suatu masa lagi 50 orang. Apabila kes Covid-19 naik lagi, kehadiran jamaah Jumaat diturunkan kepada 12 orang saja. Suatu masa lagi dibenarkan 30 orang. Berebutlah jamaah. Ada yang sampai surau sebelum pukul 12.00 . Padahal masuk waktu Zohor (dzuhur) pukul 1.30 dan pagar surau belum dibuka.

Setiap Jumaat polisi akan datang membuat pemeriksaan pematuhan SOP dalam pelaksanaan solat Jumaat. Ia akan melihat daftar kehadiran jamaah dan mengambil gambar. Memang setiap jumaat selalu ada lebih kehadiran. Tapi biasanya polisi tidak cerewet sangat.

Alkisah, Jumaat 29 Januari 2021 macam biasa. Polisi datang membuat pemeriksaan dan ambil gambar (foto) jamaah yang sedang sibuk berzikir  kemudian keluar. Jumlah jamaah memang lebih sedikit dari 30 orang yang dibenarkan. Mereka sudah datang awal, sukar untuk ditolak. Maklumlah rindu solat Jumaat.

Tinggal beberapa menit lagi bilal akan melaungkan azan, tiba-tiba datang polisi yang lain membuat pemeriksaan. Dilihatnya buku rekod jamaah dan dipandangnya jamaah yang memang lebih sedikit dari tiga puluh. Entah siapa yang membuat dia datang.

Dia marah dan bersoal jawab dengan pengerusi surau. Kesimpulannya, dia minta agar Surau Jumaat ini ikut betul-betul pada norma baru. Bahkan dia berkata akan mengadakan pemantauan pada jamaah solat lima waktu juga. Berat itu.

Maka pengerusi mengumumkan bahawa solat jemaah berikutnya hanya 5 orang saja seperti yang dibenarkan.

"Itupun AJK saja. Kami mohon maaf kepada jamaah sekalian. Ini untuk sementara sahaja," kata pengerusi.

Tidak ditentukan nama AJK yang boleh hadir jamaah, tapi siapa yang cepat dia dapat. Padahal mereka ada lebih kurang 20 orang.

Maka terjadilah "saleng ocol paju" dalam istilah Madura. Ia bermaksud mengharapkan orang lain untuk melakukan sesuatu. Dalam istilah Bawean "ngamfuekan  se laen". Padahal perkara tersebut merupkan tanggung jawab atau kepentingan bersama. Akibatnya semua  tidak ada yang buat.

Sejak itu, masing-masing AJK merasa serba salah. Akan ke suarau khuatir sudah didahului yang lain dan bilangan sudah cukup. Maka terpaksalah  pulang. Saya sendiri datang awal, jauh sebum azan.

Dalam masa hampir seminggu solat jemaah lima waktu tak pernah sampai lima orang. Kadang hanya dua orang, kerana semua khuatir dan merasa terlmbat. Biar orang lain saja yang datang.

Suatu kali waktu Zohor, saya sudah terlambat tapi pergi juga walau azan sudah berlalu. Barangkali ada rezeki. Sampai depan surau, terlihat seorang jamaah mengintai-ngintai dari balik pintu.

"Alhamdulillah. Nasib baik anta datang. Saya hampir solat berseorangan," kata lelaki itu. Dialah yang melaungkan azan Zohor.

Rupanya ketika itu tidak ada yang hadir kecuali dia seorang dan kemudian saya yang datang lambat. Andaikan saya juga mengharapkan kawan yang lain, maka tidak terjadilah solat jemaah ditempat azan dilaungkan. Sekiranya bukan masa darurat, maka fardhu kifayah tidak lepas.

Itulah bahayanya saleng ocol paju.

Di pesantren misanlnya. Walaupun sudah ada petugas diniyah, tapi kadang-kadang terlambat melaungkan zikir (puji-pujian) menjelang azan atau menjelang pengajian. Kerana sesama petugas sendiri mengharapkan  kawanya datang lebih awal.

Maka  dhuka (marah) lah Kiyahi: "Tak usah saleng ocol paju!"

"Saleng ocol paju, dhi-budhina pas adha' kabbi," katanya lagi.

Kalau di kampung, sikap ocol paju boleh terjadi bila ada jemputan rowa-rowa. Akibatnya tuan rumah kecewa karena telah masak banyak dan sedap. Oleh itu Rasululullah mengatakan bahawa bila seseorang dijemput (diundang) pada suatu jamuan (makan) wajib mendatanginya. Bahkan puasa sunat pun tidaklah mengapa kalau dibatalkan.

Oleh kerana itu  pula ahli dalam suatu Grup Wasap juga jangan saleng ocol paju. Akibatnya berhari hari tidak ada komen atau berita. Sekurang kurangnya tiap ahli seminggu sekali hantarkan posting bila makan sedap. Ia perbuatan baik, kerana termasuk menceritakan nikmat yang Allah anugerahkan. Wallahu a'lam.

 

KL 11 - 02-2021

*Mohammad Zen. Warga Bawean, Gresik yang menetap di Kuala Lumpur Malaysia.

*Ketika artikel ini ditulis, solat Jumaat dan Jamaah lima waktu sudah dilonggarkan boleh separoh dari kapasiti surau/masjid. Jarak diperketatkan 1.5 m.

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak