KH. ABDUL AZIZ BIN ISMAIL YANG SAYA INGAT




"Sala sakutik jek kagellek-gellek gi. Kule oreng Pangge, benne oreng Sangkapora".

Itulah antara ucapan pertama kali yg saya dengar dari Pak Aziz ketika pertama kali melihat beliau. Walaupun sudah 54 tahun berlalu ayat yg diucapkan oleh Alumni PP Nurul Jadid generasi awal itu masih saya ingat. Ketika itu Pak Aziz menjadi protokol (MC) pada acara Kampanye Partai NU yg ikut bertanding Pemilihan Umum (PEMILU) 1971. Di antara jurkam NU yg tampil masa itu Bpk Sulaiman Biyahimu dan Bpk Syumli Sadli. Saya  masa itu baru duduk di kelas 6 SD/MI. Kampanye yg bertempat di Alun-Alun Sangkapura itu diadakan pada bulan April atau Jun sebab coblosan pada 3 Juli 1971.

Saya masih ingat lirik lagu coblos NU yg dinyanyikan ketika kampanye dan menjadi siulan orang ramai ktika itu:

 

Tiga Juli tujuh satu

Nasib NU sudah menentu

Sudah menentu

Pemilihan di ambang pintu

Mari mari nyoblos NU

 

Apabila abang saya Ustaz Masdar yg jadi guru agama ditugaskan ke Madrasah Diponggo, saya selalu datang ke sana dan selalu berjumpa Pak Aziz. Beliau termasuk orang yg mencadangkan agar saya menyambung pelajaran ke Perguruan Tinggi Ilmu Dakwah (PTID) Nurul Jadid Paiton setela lulus PGA UMMA 6 tahun.

Pada 1979 saya naik Perahu Layar Motor (PLM) Bawean Murni menuju Gersik untuk seterusnya menuju PP Nurul Jadid Paiton. Turut menghantar saya selain Abang Masdar adalah Pak Zaini Ismail adik kepada Pak Aziz Ismail  seorang Alumni PP Nurul Jadid juga.

Ternyata di PP Nurul Jadid terdapat banyak santri asal Diponggo sama ada yg lahir di Bawean atau di Jakarta. Memang seperti sudah jadi tradisi para orang tua Diponggo menghantarkan anaknya ke Pesantren Nurul Jadid.

Suatu hari Pak Aziz bercakap dihapan saya mengenai perlunya ada anak Diponggo yg mondok ditempat lain atau belajar di tempat yg berbeza. Beliau membaca ayat mengenai Nabi Yakkub yg menyuruh anak-anaknya berpencar ketika mencari Yusuf yg ertinya:

   " Wahai anak-anak-anakku! Janganlah kalian masuk (Mesir) melalui satu pintu, tapi masuklah melalui pintu yg berbeza-beza" (Q.S.Yusuf, 67)

     Beliaupun memasukkan putranya yg bernama Hizbul ke PP Sidogiri. Tapi kata Pak Sudur setelah di Sidogiri, Hizbul meneruskan pelajaran di SMA Nurul Jadid juga.

KH.Abdul Aziz bukan saja seorang ulama yg tekun mengurus NU sejak muda tapi juga merupakan Alumni Nurul Jadid yg menjadi usahawan.

Sedikitnya ada 3 perniagaan yg pernah beliau ceburi yg saya tahu:

  1. Beliau pernah punya kenderaan untuk membawa penumpang sekitar Bawean. Orang Bawean biasanya menggunakan jenama Colt pic up. Saya pernah ikut kenderaan beliau dari Tambak ke Diponggo.

  2.Mengeluarkan minuman bergas   dalam botol berbagai rasa. Pada masa itu terkenal dg nama minuman Temu Lawak. Bahan-bahannya didatangkan dari Jawa. Bpk Haji Mohamad Yakkub pernah tolong mengendalikan proses pembotolannya ketika masih di Bawean. Kalau  ke Diponggo, saya pun selalu melihat proses pembuatannya.

    3. Beliau pernah punya kapal  yg diberi nama Aji Raya  yg menjalankan perkhidmatan mengangkut penumpang Bawean-Gersik dan sebaliknya.

 Adakalanya santri Nurul Jadid yang ikut Aji Raya tidak dikenakan bayaran, dengan syarat hanya pulang setahun sekali.

Kalau tak silap pada 1978 NU Bawean mengadakan Bahthul Masa'il bertempat di Diponggo. Sudah tentu beliaulah yg berperanan penting di dalamnya.

  Suatu ketika santri Nurul Jadid Bawean mengadakan Halal Bihalal di Diponggo atas dukungan beliau juga. Dlm acara tersebut dipentaskan sebuah drama mengenai penderitaan sahabat di awal Islam. Skrip (sknario) drama itu adalah tulisan saya dan para pelakonnya adalah para santri Diponggo.

Setelah acara selesai Pak Aziz brcakap pada saya dg lemah lembut. Beliau mengatakan bahawa dialog-dialog dlm drama itu ada yg berbahaya kerana terlalu meniru ucapan orang kafir. Saya katakan dialog-dialog tsb diambil buku-buku sejarah yg berkaitan.

Maka diterangkanlah oleh beliau bahawa di dalam buku untuk dibaca saja. Tapi kalau ditiru dengan diucapkan dimulut kepada seseorang dikhuatirkan jatuh pada tahap meniru perbuatan orang kafir.

Nasihat beliau itu sungguh berharga. Sebagai santri Nurul Jadid terawal, beliau terus memantau perkembangan santri penerusnya. Sayapun lebih berhati hati bila berkarya.

Kini sosok santri yang merupakan ulama, politikus dan usahawan itu telah kembali ke Rahmatullah. Beliau telah memenuhi masa-masa hayatnya untuk Islam dan juga Jam'iyah Nahdhatul Ulama.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه برحمتك يا ارحم الراحمين. وصلی الله علی سيدنا محمد وعلی اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.



Kuala Lumpur, Isnin

 27 Rejab 1446H/ 27 Januari 2025

Selamat menyambut Isra' dan Mi'raj

*Muhammad Zen, Warga Bawean yang tinggal di Kuala Lumpur Malaysia, Asia Tenggara.

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak